LRT Jabodebek
LRT Jabodebek

LRT Jabodebek

Transit Aliran Ringan Jabodebek[lower-alpha 1] atau singkatannya LRT Jabodebek adalah sebuah sistem alihan laju di Indonesia. Sistem LRT ini akan memberi perkhidmatan di kawasan metropolitan Jakarta dan wilayah Jawa Barat. Akan dikendalikan oleh syarikat milik pemerintah PT Kereta Api Indonesia, LRT Jabodebek dirancang untuk menghubungkan pusat bandar raya Jakarta dengan kawasan pinggir kota seperti Bogor, Depok dan Bekasi, yang memberikan akronim "Jabodebek".[4]Pada asalnya LRT Jabodebek disasarkan untuk mula beroperasi pada awal tahun 2019, namun mengalami kelewatan. Sistem ini kemudiannya disasarkan untuk beroperasi pada penghujung 2022 atau awal 2023,[5] dengan prapelancaran akan diadakan pada 17 Ogos 2022.[1]

LRT Jabodebek

Panjang sistem 47.3 km (29.4 bt) (Fasa 1)
130.4 km (81.0 bt) (Dalam perancangan)
Pemilik Kementerian Perhubungan
Kawasan perkhidmatan Jakarta, Bogor, Depok, Bekasi
Pengelektrikan 750 V DC rel ketiga
Operasi akan bermula pada 17 Ogos 2022; dalam masa 27 hari (2022-08-17) (prapelancaran)[1]
Jumlah stesen 18 (Fasa 1)
51 (Dalam perancangan)
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in)
Ciri–ciri Bertingkat
Lokasi Kawasan metropolitan Jakarta dan Jawa Barat
Ibu pejabat Harjamukti, Cimanggis, Jawa Barat
Jenis transit Alihan laju
Laman sesawang lrtjabodebek.adhi.co.id
Jumlah kenderaan 31 set kereta api enam gerabak PT INKA
Jarak kepala 5-10 minit
Jumlah laluan/aliran 2
Pengendali PT Kereta Api Indonesia (melalui Divisyen LRT Jabodebek)
Nama asal Lintas Rel Terpadu Jabodebek

Rujukan

WikiPedia: LRT Jabodebek http://bisniskeuangan.kompas.com/read/2015/09/08/1... http://lipsus.kompas.com/topikpilihanlist/3414/1/r... http://jdih.dephub.go.id/assets/uudocs/kepmen/2019... http://www.kemendagri.go.id/media/documents/2015/0... https://coconuts.co/jakarta/news/lrt-jabodebek-to-... https://finance.detik.com/infrastruktur/d-6123549/... https://archive.wikiwix.com/cache/index2.php?url=h... https://archive.wikiwix.com/cache/index2.php?url=h... https://archive.wikiwix.com/cache/index2.php?url=h... https://lrtjabodebek.adhi.co.id/